? ??????????????Argyle Solutions? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??712 Grabs Today. 2480 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Light Shards? ????? ?? ???Rating: 4.3 (7 Ratings)??1428 Grabs Today. 4738 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, 7 September 2011

KEMAJUAN MALAYSIA DALAM BIDANG PERIKANAN


Negara-negara dan pihak yang terlibat dalam pengurusan perikanan, melalui suatu rangka kerja dasar, perundangan dan institusi yang sesuai, mengambil langkah-langkah bagi mengguna dan memulihara sumber perikanan yang mampan dan jangka panjang. Langkah-langkah pemuliharaan dan pengurusan, sama ada di peringkat negara dan serantau, hendaklah berdasarkan kepada bukti saintifik terbaik yang sedia ada dan direka bagi menjamin kemampanan jangka panjang sumber perikanan pada peringkat yang dapat menggalakkan matlamat mengoptimumkan penggunaan dan memelihara kewujudannya untuk generasi sekarang dan akan datang. Pertimbangan-pertimbangan jangka pendek tidak boleh mengabaikan matlamat ini.
Negara-negara hendaklah mengenalpasti pihak tempatan yang berkaitan yang mempunyai kepentingan yang sah bagi mengguna dan menguruskan sumber perikanan dan menetapkan aturan bagi berunding untuk mendapat kerjasama mereka bagi mencapai perikanan yang bertanggungjawab.

Bagi stok ikan lintas sempadan, stok ikan "straddling", stok ikan "highly migratory" dan stok ikan laut lepas, yang dieksploitasi oleh dua negara atau lebih, negara-negara berkenaan, termasuk negara-negara pantai yang relevan dalam hal stok "straddling"dan ikan "highly migratory" tersebut, harus bekerjasama untuk menentukan pemuliharaan dan pengurusan sumber yang berkesan. Ini harus dicapai melalui pembentukan sebuah organisasi atau rancangan perikanan serantau dua hala.
Suatu organisasi atau rancangan pengurusan perikanan serantau harus memasukkan wakil-wakil negara di mana bidang kuasa sumber perikanan itu berada, dan perwakilan dari negara-negara yang mempunyai kepentingan sebenar dalam perikanan atau sumber di luar bidang kuasa negara tersebut. Jika organisasi atau rancangan pengurusan perikanan serantau mempunyai kemampuan menetapkan langkah-langkah pemuliharaan dan pengurusan, negara-negara itu harus bekerjasama dengan menjadi anggota organisasi perikanan atau menjadi ahli dalam rancangan perikanan tersebut, dan mereka hendaklah berperanan aktif.
Negara-negara yang tidak menjadi ahli organisasi pengurusan perikanan serantau atau bukan ahli dalam rancangan pengurusan perikanan, serantau, harus bekerjasama, mengikut perjanjian dan undang-undang antarabangsa, dalam pemuliharaan dan pengurusan sumber perikanan yang relevan, dengan melaksanakan mana-mana langkah pemuliharaan dan pengurusan yang telah diterima pakai.
Wakil-wakil organisasi yang relevan; kerajaan dan bukan-kerajaan, yang berkaitan dengan perikanan, harus diberi peluang untuk mengambil bahagian di dalam mesyuarat sebagai pemerhati atau lain-lain, sesuai dengan prosedur organisasi atau rancangan berkenaan. Wakil-wakil itu harus diberi hak mendapatkan rekod dan laporan mesyuarat tersebut, bergantung kepada prosedur yang telah ditetapkan.
Negara-negara, mengikut keupayaan dan kemampuan masing-masing, harus menetapkan mekanisme yang berkesan bagi pemantauan, pengawaseliaan, pengawalan dan penguatkuasaan perikanan untuk menjamin kepatuhan terhadap langkah pemuliharaan dan pengurusan.
Negara-negara harus mengambil langkah untuk mencegah atau menghapus keupayaan penangkapan ikan yang berlebihan dan menentukan bahawa tahap usaha penangkapan ikan adalah berpadanan dengan penggunaan sumber perikanan yang mampan.

Negara-negara dan organisasi serta rancangan pengurusan perikanan serantau harus menjamin ketelusan mekanisme pengurusan perikanan dan dalam proses pembuat keputusan.

Negara-negara dan organisasi serta rancangan pengurusan perikanan serantau harus memberi publisiti ke atas langkah pemuliharaan dan pengurusan yang dijalankan serta menjamin bahawa undang-undang, peraturan dan lain-lain peraturan undang-undang berkaitan dihebahkan dengan berkesan. Asas dan tujuan langkah-langkah ini harus diterangkan kepada para pengguna sumber untuk mendapat sokongan mereka.
Matlamat Pengurusan
Menyedari bahawa penggunaan jangka panjang sumber perikanan yang mampan adalah matlamat yang lebih penting dari pemuliharaan dan pengurusan, negara-negara dan organisasi serta rancangan pengurusan perikanan serantau harus menerima pakai langkah yang sesuai berdasarkan pada bukti saintifik terbaik yang sedia ada, yang direka untuk mengekalkan atau memulihkan stok pada tahap usaha yang mampu menghasilkan "maximum sustainable yield' berdasarkan kepada faktor persekitaran dan ekonomi termasuk keperluan khas negara-negara membangun.
Langkah-langkah tersebut harus menetapkan antara lain agar:
a) penangkapan ikan yang berlebihan hendaklah dielakkan dan eksploitasi stok hendaklah kekal berdaya maju:

b) keadaan ekonomi di mana industri perikanan beroperasi menggalakkan perikanan yang bertanggungjawab:
c) kepentingan para nelayan, termasuk mereka yang terlibat dalam perikanan subsisten, perikanan berskala kecil dan perikanan artisanal, diambil kira:
d) kepelbagaian biologi habitat akuatik dan ekosistem dipulihara dan spesies terancam dilindungi:
e) stok ikan yang semakin berkurang diberi tempoh untuk pulih atau jika perlu dipulihkan secara aktif:
g) Pencemaran, sisa, ikan buangan, hasil tangkapan oleh alat tangkapan yang hilang atau yang terbiar, hasil tangkapan spesies bukan sasaran; baik spesies ikan maupun bukan-ikan, dan impak terhadap spesies "associated" atau "dependent" species, diminimumkan, melalui langkah termasuk, pembangunan dan penggunaan alat dan teknik penangkapan yang selektif, persekitaran yang selamat dan teknik dan peralatan penangkapan ikan yang berkesan kos.
f) Impak persekitaran yang merugikan akibat aktiviti manusia, dinilai dan diperbetulkan dimana perlu; dan
pencemaran, sisa, ikan buangan, hasil tangkapan oleh alat tangkapan yang hilang atau yang terbiar, hasil tangkapan spesies bukan sasaran; baik spesies ikan mahu pun bukan ikan, dan impak terhadap spesies yang berkaitan atau yang bergantung dengan spesies lain, diminimumkan, melalui langkah-langkah pembangunan dan penggunaan peralatan dan teknik penangkapan ikan yang selektif, persekitaran yang selamat dan kos efektif.
Negara-negara harus mengkaji impak faktor persekitaran ke atas stok dan spesies yang termasuk dalam ekosistem yang sama atau yang bersekutu dengan atau yang bergantung pada stok sasaran dan mengkaji hubungan antara populasi di dalam ekosistem.

Rangka Kerja Pengurusan dan Prosedur


 Pengurusan perikanan haruslah mengambil kira keseluruhan unit stok di semua kawasan taburannya, langkah-langkah pengurusan lalu yang telah ditetapkan, dipersetujui dan digunakan di kawasan yang sama, pergerakan keluar dan persesuaian biologi dan lain-lain ciri biologi stok. Bukti saintifik terbaik yang sedia ada harus digunakan bagi menentukan, antara lain, kawasan taburan sumber dan kawasan di mana ia berpindah semasa kitaran hidupnya.
Bagi memulihara dan mengurus stok ikan lintas sempadan, stok ikan "straddling", stok ikan "highly migratory"dan stok ikan laut lepas di sepanjang pergerakannya, langkah-langkah pemuliharaan dan pengurusan perikanan serantau yang sesuai yang telah ditetapkan hendaklah bersesuaian dengan stok-stok tersebut dan kemampuan negara-negara berkaitan. Kesesuaian harus dicapai mengikut hak, kemampuan dan kepentingan negara-negara tersebut.
Matlamat jangka panjang pengurusan harus diterjemahkan kepada pelan tindakan pengurusan, dirumuskan sebagai pelan pengurusan perikanan atau lain-lain rangka kerja pengurusan.

Negara-negara, organisasi pengurusan perikanan serantau di mana perlu, harus mewujud dan menggalakkan kerjasama dan penyelarasan antarabangsa bagi semua hal yang berkaitan dengan perikanan, termasuk pengumpulan dan pertukaran maklumat, penyelidikan, pembangunan dan pengurusan perikanan.

 Negara-negara yang ingin mengambil tindakan melalui organisasi bukan-kerajaan yang mungkin mempengaruhi langkah-langkah pemuliharaan dan pengurusan perikanan yang diambil oleh rancangan atau organisasi pengurusan perikanan serantau yang berkemampuan, hendaklah terlebih dahulu berunding dengan organisasi atau rancangan tersebut dan mengambil kira pendapat mereka.
Pengumpulan data dan nasihat pengurusan
Jika sesuatu langkah pemuliharaan dan pengurusan hendak diterima pakai, bukti saintifik terbaik sedia ada harus diambil kira bagi menilai keadaan semasa sumber perikanan dan kemungkinan impak dari langkah-langkah yang dicadangkan keatas sumber.

 Penyelidikan bagi menyokong pemuliharaan dan pengurusan harus digalakkan termasuk penyelidikan keatas sumber dan kesan oleh faktor cuaca, persekitaran dan sosio-ekonomi. Hasil penyelidikan harus disebarkan kepada pihak yang berkepentingan.

Kajian harus digalakkan bagi menyediakan pemahaman keatas kos, faedah dan kesan langkah pengurusan pilihan yang direka bagi mengrasionalkan perikanan, terutamanya pilihan berkaitan dengan keupayaan penangkapan ikan yang berlebihan dan tahap usaha penangkapan ikan yang berlebihan.

Negara-negara harus menentukan statistik yang dipercayai, lengkap dan sesuai dan usaha perikanan, dikumpul dan diselenggara mengikut amalan dan piawai antarabangsa dan cukup terperinci bagi membolehkan analisa statistik yang kukuh. Data tersebut harus dikemaskini selalu dan ditentusahkan oleh sistem yang sesuai. Negara-negara harus mengumpul dan mengedar data tersebut dengan cara yang konsisten.
Bagi menjamin pengurusan perikanan yang mampan dan mencapai matlamat sosial dan ekonomi, maklumat faktor sosial, ekonomi dan institusi yang cukup harus di kembangkan melalui pengumpulan data, analisa dan penyelidikan.

Negara-negara harus mengumpul data saintifik berkaitan perikanan dan lain-lain data sokongan yang berkaitan dengan stok ikan di dalam format antarabangsa yang dipersetujui dan menyediakannya dalam masa yang berjadual. Jika terdapat stok di bawah bidang kuasa lebih dari satu negara dan dimana tiada organisasi atau rancangan, negara-negara berkenaan harus bersetuju keatas mekanisme bagi kerjasama mengumpul dan bertukar-tukar data tersebut.

Organisasi pengurusan perikanan atau rancangan serantau harus mengumpul data dan memudahkan ketersediaannya dengan cara yang konsisten, dapat digunakan, tepat pada waktunya dan dalam format dan prosedur yang dipersetujui oleh organisasi dan pihak yang berkepentingan.

Pendekatan Yang Berhati-hati.
1 Negara-negara harus menggunakan pendekatan berhati-hati untuk memulihara, mengurus dan mengeksploitasi sumber hidup akuatik bagi melindungi dan memulihara persekitaran akuatik. Ketiadaan maklumat saintifik yang cukup harus tidak digunakan sebagai sebab bagi menunda atau gagal mengambil langkah pemuliharaan dan pengurusan.
Dalam melaksanakan pendekatan berhati-hati, negara-negara harus mengambil kira, antara lain, ketidak pastian yang berkaitan dengan saiz dan produktiviti stok, titik rujukan, keadaan stok yang berkaitan dengan titik rujukan tersebut, peringkat dan sebaran kematian ikan dan impak aktiviti perikanan, termasuk ikan buangan, spesies bukan sasaran dan spesies yang berkaitan atau bergantung dengan spesies lain serta keadaan persekitaran dan sosio-ekonomi.


 Berasaskan bukti saintifik terbaik sedia ada, negara hendaklah, antara lain, menentukan
a) titik-titik rujukan sasaran stok khas, pada masa yang sama, tindakan yang akan diambil bila ianya berlebihan; dan
b) titik-titik rujukan had stok khas dan, pada masa yang sama, tindakan yang akan diambil jika ia berlebihan; jika suatu titik rujukan had didekati; langkah yang harus diambil bagi memastikan bahawa ia tidak akan berlebihan.
Jika perikanan yang baru diusahakan atau bersifat menyelidiki, negara-negara harus segera menerima, langkah pemuliharaan dan pengurusan yang berhati-hati, termasuk, antara lain, had tangkapan dan had usaha. Langkah-langkah tersebut harus kekal sehingga cukup data bagi membenarkan penilaian impak perikanan keatas kemampanan stok bagi jangka panjang, di mana langkah pemuliharaan dan pengurusan berdasarkan penilaian harus dilaksanakan. Langkah ini, jika perlu, memungkinkan pembangunan perikanan secara beransur-ansur
Jika fenomena semulajadi mempunyai impak yang merugikan ke atas status sumber hidupan akuatik, negara-negara harus menerima pakai langkah pemuliharaan dan pengurusan sebagai keadaan kecemasan bagi menentukan aktiviti perikanan tidak menjadikan impak yang merugikan itu bertambah buruk. Negara-negara harus juga menerima pakai langkah kecemasan jika aktiviti perikanan mengancam kemampanan sumber. Langkah kecemasan ini harus bersifat sementara dan berdasarkan bukti saintifik terbaik sedia ada

 Langkah-Langkah Pengurusan
Negara-negara harus menentukan bahawa tahap penangkapan ikan yang dibenarkan berpadanan dengan keadaan sumber perikanan.
 Negara-negara harus menerima pakai langkah bagi menentukan tiada vesel penangkapan ikan dibenarkan menangkap ikan kecuali dengan kebenaran, menggunakan cara yang konsisten dengan undang-undang antarabangsa bagi laut lepas atau mengikut peraturan perundangan negara tersebut.
Jika terdapat keupayaan penangkapan ikan yang berlebihan, mekanisme harus ditetapkan untuk mengurangkan keupayaan ke tahap yang sepadan dengan penggunaan sumber perikanan yang mampan, bagi menjamin nelayan beroperasi dalam keadaan ekonomi yang menggalakkan perikanan yang bertanggungjawab. Mekanisme seperti ini harus termasuk pemantauan keupayaan armada vesel penangkapan ikan.
Prestasi semua peralatan tangkapan, kaedah dan amalan penangkapan yang ada harus diperiksa dan langkah diambil untuk memastikan semua peralatan penangkapan ikan, kaedah dan amalan yang tidak konsisten dengan penangkapan ikan yang bertanggungjawab dihapuskan dan diganti dengan alternatif yang boleh diterima. Dalam proses ini, perhatian khusus harus diberikan pada impak ke atas komuniti nelayan, termasuk kemampuan mereka mengusahakan sumber.
Negara-negara dan organisasi dan rancangan pengurusan perikanan harus mengawal penangkapan ikan bagi menghindari risiko sengketa di antara nelayan yang menggunakan vesel, peralatan penangkapan ikan dan kaedah penangkapan yang berbeza.
Apabila hendak memutuskan penggunaan, pemuliharaan dan pengurusan sumber perikanan, perakuan yang sepatutnya harus diberi, jika perlu, sesuai dengan undang-undang dan peraturan negara, kepada amalan tradisi, keperluan dan kepentingan penduduk asli dan komuniti nelayan tempatan yang sangat tergantung pada sumber perikanan sebagai mata pencarian mereka.

Semasa menilai langkah pemuliharaan dan pengurusan alternatif, keberkesanan kos dan impak sosialnya harus dipertimbangkan.
Keberkesanan langkah pemuliharaan dan pengurusan serta interaksinya harus dikaji secara berterusan. Langkah-langkah ini, jika perlu, harus di kaji semula atau dihapus jika terdapat maklumat baru.
Negara-negara harus mengambil langkah yang sesuai untuk meminimumkan sisa, ikan buangan, hasil tangkapan oleh peralatan tangkapan yang hilang atau yang terbiar, hasil tangkapan spesies bukan sasaran, kedua-dua spesies ikan dan bukan spesies ikan, dan impak negatif ke atas spesies berkaitan atau spesies yang bergantung kepada spesies lain khususnya spesies yang terancam. Jika perlu, langkah tersebut mungkin termasuk langkah teknikal yang berkaitan dengan saiz ikan, ukuran mata jaring atau alat tangkapan, ikan buangan, musim dan kawasan tertutup serta zon yang dicadangkan untuk perikanan terpilih, khususnya perikanan artisanal. Langkah tersebut harus dijalankan, jika perlu, untuk melindungi juvenil dan induk. Pembangunan dan penggunaan peralatan tangkapan dan teknik-teknik yang berkesan kos, selektif serta persekitaran yang selamat harus digalakkan.
Langkah bagi memulihkan sumber stok yang terancam dan berkurangan hendaklah diambil secara mampan dan mengikut rangka kerja dan kemampuan negara-negara. Usaha harus dibuat bagi menentukan sumber dan habitat yang penting yang telah dipengaruhi oleh penangkapan atau lain-lain aktiviti manusia dipulihkan.
Pelaksanaan

Negara-negara, harus menentukan rangka kerja pentadbiran dan perundangan bagi pengurusan perikanan dan pemuliharaan sumber perikanan yang berkesan.
Negara-negara harus menentukan bahawa peraturan dan perundangan disediakan bagi melakukan sekatan jika berlaku perlanggaran syarat, termasuk sekatan yang membenarkan penolakan, penarikan atau penggantungan kuasa untuk menangkap ikan jika tidak mematuhi langkah -langkah pemuliharaan dan pengurusan.
Negara-negara, bersesuaian dengan undang-undang negara mereka, harus melaksanakan langkah-langkah pemantauan, pengawalan, pengawaseliaan dan penguatkuasaan perikanan yang berkesan, termasuk program pemerhatian, skim pemeriksaan dan sistem pemantauan vesel. Langkah-langkah tersebut harus digalakkan dan, dilaksanakan oleh organisasi dan rancangan pengurusan perikanan serantau sesuai dengan prosedur yang telah dipersetujui.
Negara-negara dan organisasi dan rancangan pengurusan perikanan serantau harus bersetuju ke atas cara-cara di mana aktiviti organisasi dan rancangan akan dibiayai, dengan mengambil ingatan, antara lain, faedah-faedah relatif yang diperoleh dari perikanan itu dan perbezaan keupayaan negara-negara bagi menyediakan pembiayaan dan lain-lain sumbangan. Jika sesuai, dan apabila mungkin, organisasi dan rancangan itu harus berusaha memperoleh kembali kos-kos pemuliharaan, pengurusan dan penyelidikan perikanan.
Negara-negara yang menjadi ahli atau peserta organisasi atau rancangan pengurusan perikanan serantau harus melaksanakan langkah yang dipersetujui di peringkat antarabangsa yang diterima pakai dalam rangka kerja organisasi atau rancangan tersebut dan konsisten dengan undang-undang antarabangsa untuk menghalang aktiviti vesel yang didaftarkan oleh bukan ahli atau bukan peserta yang terlibat dalam kegiatan yang mengurangkan keberkesanan langkah pemuliharaan dan pengurusan yang telah ditetapkan.

Institusi Kewangan
Negara-negara harus menggalakkan institusi kewangan dan bank tidak menetapkan vesel tangkapan ikan atau vesel sokongan tangkapan ikan untuk didaftarkan di dalam bidang kuasa selain negara asal sebagai syarat pinjaman atau cagaran. Keperluan ini akan meningkatkan kemungkinan ketidak patuhan kepada langkah pemuliharaan dan pengurusan antarabangsa.

0 comments: